SITI NURFARAH ZULIANA :'(


shit ! lagu ni betul betul sedih . dengar lagu ni sehari 20kali asik ulang je . lagu ni selalu ingatkan aku dekat arwah kaka angkat aku iaitu SITI NURFARAH ZULIANA . haihh dulu dia lah yang aku sayang ,dia lah segalanya . dia meninggal 5hari sebelum hari jadi aku . ish sedih sangat ,baru nak jemput tengahari tu tapi dia dah meninggal . aku open relationship as siblings since aku standard 4 . dia meninggal masa aku form 1 ,tak silap aku lah . hmm ,pagi2 tu dalam pukul 6suku alin datang rumah . ingatkan apa dia nak ,lastly dia datang cakap kak lisa dah meninggal . aku tak percaya langsung time tu ,sebab dah janji dengan dia malam tu kita orang nk pergi celebrate anniversary siblings . sumpah ! time tu tak percaya gila ,bila ibu alin datang cakap betul . time tu aku menangis ,menangis teruk sampai mata lebam then tak pergi sekolah 3minggu . lepas dengar dia meninggal cepat cepat aku siap pergi rumah dia . rumah dia 1lorong dengan aku . pergi tengok dia betul dah kena baring then diselimutkan kain putih . dengan menangis aku jumpa ibu & nenek ,marah2 kenapa dia tinggalkan aku . ibu time tu taktau nak jawap . duduk sebelah arwah dari pukul 7 sampai lah dia dimandikan . tengok je dia kena mandi ,kena balut dengan kain kapan semua . ramai kawan dia datang ,termasuk lah boyfriend dia . time orang nak bawak dia pi kubur untuk tanam aku tak pergi sebab kecewa sangat . hmm , sebabkan kaka tersayang tu je . hmm 4hari asik nangis fikirkan si arwah kak lisa . fikir mana aku nak dapat kaka yang terbaik macam dia . lagu ni lah selalu bawa aku kepada dia . 

*kak ,adik rindu akak . rindu semua pasal kita lepak semua . akak caring sangat pasal adik ,sorry if adik ada kaka lain . tp sumpah dorang tak caring macam akak buat :'( walaupun akak dah tkde ,adik selalu ingat kaka . kekadang dengar lagu kita ,adik menangis . ingat dulu lepas akak meninggal ,dapat adik simpan gambar . tapi tu kejap je ,lepas tu abang tajol minta balik . hmm takpea ,adik selalu doa supaya akak kat sana tenang . adik sayang kau akak . hmm :'( SITI NURFARAH ZULIANA . - al-fatihah .