Belajar dari seorang bodoh.


Tajuk post kali ini agak sensitif, tapi ianya perkataan paling sesuai untuk aku definisikan tentang seorang manusia yang berperangai teruk. Teruknya mereka pun, banyak yang kita boleh belajar juga.

Aku sebagai seorang remaja, fuhh hidup mencabar siot! Haha, taklah mencabar mana pun, cuma bak kata orang, ada je dugaan yang menanti. Setiap orang boleh digelar penyabar, tapi semua orang ada tahapnya. Kita ni hidup nanti mati, buat apa nak sakitkan hati orang? Bagi aku, aku suka dengan prinsip 'happy go lucky' aku. Biarlah orang nak buat kita, jangan kita buat orang. Bukan bagi orang pijak kepala kita sewenang-wenangnya, bukan tu maksud aku. Kita kena lawan juga, tapi lawan dengan cara yang bijak. Tak perlu lah memaki, ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Bagi kawan yang pernah kena maki dengan aku bila ada salah faham, aku minta maaf. Apa yang aku belajar, bila kita marah, kita akan cakap macam-macam ungkapan yang kita akan menyesal kemudian. Jadi sekarang aku sedar, tak guna keluarkan ayat kotor ketika marah, aku akan kendalikannya dengan cara yang bijak, aku akan cuba.

Seorang kawan buat kita, kita bersabar dan relax. Kali ke puluhan benda yang sama dilakukan, muaklah jadinya. Aku juga buat orang, aku tak kata aku kawan yang baik, tapi aku cuba usaha untuk jadi antaranya. Tapi kadang-kadang bila kita terlalu baik, orang ambil kesempatan, kenakan kita. Dari itu, aku belajar,berbaik berpadabertegas sentiasa.

Mereka yang buat kita, kita biarkan. Tinggalkan nasihat. Cukup hari, adalah orang buat dia balik atau muak dengan dia dek kerana sikapnya berperangai bodoh sentiasa.