Pendapat Aku


Aku banyak kawan. Macam-macam perangai yang aku jumpa. Kami banyak kongsi cerita bersama. Blablabla, mengumpat tak payah cakap lah, haha dah macam mak joyah. Tapi topik yang selalu dibincangkan mesti cinta. Yelah, asam garam kehidupan, bab itu yang selalu ada masalah kan? Hmm, tapi balik-balik mesti cerita yang sama. Gaduh pasal dia, cemburu, dah tak layan, sudah berubah, curang dan banyak lagi masalah yang seringkali kita dengar menimpa couple-couple remaja pada hari ini. Sebagai seorang kawan, aku mendengar. Masalah dan keluhan mereka, balik-balik cerita yang sama. Bukan aku nak kata aku 'doktor cinta' atau 'pakar cinta', OH NO. Tapi aku rasa zaman cinta monyet, zaman main-main itu terlalu kuno. Kita semua patut tahu cara untuk kendalikan sesuatu hubungan sebelum bersedia memberikan komitmen untuk memulakan suatu percintaan. HA KAN AKU DAH MULA JIWANG. Biasalah, dalam bahasa melayu ayatnya kita jarang sebut dan agak sukar untuk sebut kerana malu bukan? Ianya lebih ok bila disebut dalam bahasa inggeris. Tapi maksudnya sama saja, kita je yang malu nak guna bahasa sendiri. Tapi ianya ok bagi aku, santai orang melayu and I think it's cool lah you. Hmm, masalah yang selalu sangat timbul, CEMBURU. Asal orang tu contact, berkawan, walling atau apa saja yang ada kena-mengena dengan lelaki/perempuan lain, terus nak marah, merajuk. Timbul la masalah. Padahal ianya biasa, takde apa pun. Tu lah, glabah namanya. Sebelum dengar cakap orang lain tentang itu ini, jangan jadi bodoh nak percaya tanpa ada bukti. Bagi aku, bila dah couple, it's all about trust. Kalau tak percaya dan saja nak gaduh pasal benda kecil, buat apa couple, bangang? Kita patut stay cool, lagi pun dah couple, dia kita punya, so kenapa nak marah? Tu sebab bila nak masuk dalam cintan cintin dengan orang, kena belajar itu ini, bersedia dulu dan kenal dulu. Ni tak, dapat je msg 'jom couple', terus reply 'ye' bila dah suka. Haih, memang budak-budak.

Aku? Cara aku bercinta? Baca la arahan di atas, itulah cara yang aku guna. Haha, apa kau ingat ni tips buat burger ke? Pada pendapat aku kita semua bebas bercintatapi kalau nak mencuba, main-main dan cari pengalaman buat apa? Untuk berikan komitmen dalam hubungan bukan mudah, banyak lagi benda kau kena fikir.Buku teks, kerja sekolah, masalah dengan ibu bapaJadi fikirlahbelajar sebelum bercouplekenal sebelum bercouplepercaya dan 'give and takebila dah mula bercouple.
Ok, aku pun dah meluat dengan bahasa ala jiwang ni. K, renung-renungkan. Inilah pendapat aku.